Dalam menempuh era globalisasi, kita perlu beringat bahawa kita telah diuji dengan kesenangan. Saudaraku sekalian, mari kita lihat saudara kita di Palestin yang kini diuji dengan ujian dan rintangan oleh Allah S.W.T di mana membuatkan keimanan mereka terus kental dan kita lihat pada diri kita termasuk diri saya yang menulis ini, adakan keimanan kita terhadap pencipta kita iaitu Allah S.W.T masih kukuh ataupun tidak. Kita sebagai hamba kepada Allah S.W.T dan kita ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini haruslah sedar bahawa kita tidak akan kekal di alam ini. Bagaimana kita hendak menghadapi musuh islam ? bagaimana kita hendak berhadapan dengan Allah S.W.T di hari pembalasan jika kita masih terleka dan masih tidak kembali ke pangkal jalan. Kita lihat sekarang terutamanya bagaimana masalah arak, judi, dan zina terus berlarutan dan amat membimbangkan. Adakan ini cara hidup kita sebagai orang islam. Pernah satu ketika saya dan beberapa orang sahabat saya pergi berkelah di satu kawasan rekreasi air terjun. Saya lihat pemuda-pemuda islam kita berpelukan dengan pasangan perempuan masing-masing. adakah mereka tidak tahu bahawa perkara ini haram bagi agama kita? adakah ibu bapa mereka tidak menjalankan tanggungjawab bagi mendidik anak-anak ? adakah kita termasuk diri saya tidak menegur mereka?. ingat semua ini memerlukan terbiah yang utuh bagi melahirkan umat islam yang terulung dan ingat bagaimana kita hendak melahirkan umat islam yang terulung seperti dahulu jika maksiat terus berleluasa.
arhh! umat dahulu umat yang terpilih, mereka ada tokoh-tokoh yang terulung.
Tidak, kita juga boleh menjadi seperti umat terdahulu jika kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T. . Hal ini kerana jika kita masih di jalan yang kabur dan masih terkapai-kapai dalam mencari keredhaan-Nya, bagaimana Allah hendak memilih kita untuk menjadi seperti umat yang terdahulu. Saya percaya jika kita meniggalkan perkara-perkara maksiat, INSYAALLAH kita akan dipilih untu melindungi agama ISLAM yang harmoni ini. Setiap perkara memerlukan pengorbanan, oleh itu marilah kita bersama-sama saling nasihat-menasihati dan mencegah amalan yang mungkar dalam masyarakat kita.
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berda'wah) kepada kebajikan ( mengembangkan Islam , dan menyuruh berbuat segala yang baik, serta melarang daripada segala yang salah( buruk dan keji ). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya ( Surah Ali-Imran : 104)
oleh itu marilah kita termasuk diri saya memperbaiki diri dan menyeru orang lain dalam mencari keredhaan Ilahi. Jika kita tidak bermula dari sekarang, bila lagi hendak kita mulakan. INSYAALLAH. TAKBIR