Friday, May 14, 2010

kekuatan.....

Abu Ubaidah al-Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya, "dirikanlah sembahyang ,tunaikanlah zakat, puasalah di bulan ramadan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihati. Berilah nasihat nasihat pada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk hari akhirat."


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang kepada kita untuk terus hidup di muka bumi ini.

Saudara sekalian,

Saya amat terharu apabila tengah hari tadi pada hari jumaat (14.5.2010) apabila khatib membacakan khutbah mengenai belia.

Saudara, belia ialah golongan muda yang semangatnya amat kuat dan berkobar-kobar. Tetapi, pada hari ini kita lihat semua belia kita sudah kecundang bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Saya mengambarkan sebegitu kerana belia kita pada hari ini berada pada kondisi yang amat lemah bukan dari segi fizikal malah rohaninya kerana tunjang islam yang ditanan dalam diri telah diracun oleh keadaan zaman sekarang yang amat mencabar. Cuba kita lihat, berapa ramai anak muda (belia) yang telah kecundang dengan dadah malah ramai yang terkorban di atas jalan raya akibat perbuatan mereka sendiri kerana berani tidak bertempat.

Wahai pemuda harapan agama islam,

Mari kita renung sejarah pada zaman dahulu. pada zaman 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Konstantinopel daripada pemerintahan rom setelah usaha untuk menjatuhkan bandar ini gagal dilakukan selama 800 ratus tahun sehingga kemunculan raja ini yang hanya berusia 24 tahun ketika itu. Ini bukan keajaiban bukan mimpi tetapi realiti. Baginda bukannya orang tua, hakikatnya Baginda ialah orang muda (belia). ini membuktikan bahawa belia ialah golongan yang amat kuat matlamatnya.

wahai pemuda yang sebaya atau lebih tua dariku,

Rugi jika kita mati kerana dadah dan kerana merempit. Tiada guna kita mati secara begitu. mari kita teguhkan semula akidah dalam diri kita, ikut nasihat seperti di atas, siapkan dirimu untuk turun ke medan juang dan kuatkan matlamatmu.
tidak semestinya kita perlu pergi berjuang sepertimana pemuda di palestin tetapi yang pertama kita harus berjuang untuk melawan hawa nafsu kita sendiri. Ingat, kita hanya singgah sahaja di muka bumi ini, hakikatnya perjalanan kita masih panjang...


kembalilah wahai pemuda islam...

tegakkaan semula khalifah dan kekuatan islam...

suburkan roh islam dalam dirimu...

Tuesday, May 4, 2010

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi yang menciptakan sekalian hidupan dan masih memberi kesempatan kepada kita untuk hidup di muka bumi ini sebagai khalifah.

saudara sekalian,adakah kita terfikir bagaimana kita bernafas?

ok,fine. kita bernafas dengan menyedut udara dari luar untuk masuk ke sistem pernafasan kita.

cuba saudara sekalian bayangkan jika kita kena mambeli udara untuk hidup!!!!!

masyaAllah, mesti tidak terbeli. Kita sebagai manusia haruslah bersyukur kerana dengan Allah amat menyayangi kita. Manusia juga telah diangkat sebagai sebaik ciptaan.

Namun, terdapat segelintir manusia yang tidak menghargai anugerah ini. Ishk...dengan rempit nya....bohsianya.....dadah.....buang bayi......arhhh banyak lagi. Pening jika di fikirkannya........

YA ALLAH, adakah ini tanda-tanda kiamat, adakah tidak lama lagi dajjal akan muncul yang akan membuat kerosakkan di muka bumi yang sudah rosak ini. ALLAH MAHA BESAR,tolong lah kami ya ALLAH kami takut .
kami takut muka bumi ini rosak kerana tangan-tangan kami sendiri.

Di sini aku ingin mulakan cerita:

Pada hari Jumaat malam yang bertarikh 30 april 2010 aku telah mengambil keputusan untuk meronda di sekitar bandar Kuala Lumpur. Maaf,aku bukan polis peronda tapi aku hanyalah seorang yang mempunyai pancaindra yang dikurniakan oleh pencipta untuk melihat kelakuan manusia pada waktu malam dan aku perlu berfikir tentang perkara-perkara yang aku lihat.Disini aku ingin menasihati diri aku sendiri dan aku ingin bermuhasabah diri.

12 tgh malam-3 pagi

Dataran Merdeka, tempat keramat yang menjadi simbol tempat laungan keramat merdeka pada dahulunya telah menjadi tempat keramat golongan belia khususnya belia islam berlumba,bertaruh berfoya-foya. Ai, apa nie,kita orang islam bro, mana batas agama, lu ikut ke tak. malu kt Allah bro kalu x pon malu kt
non muslim
. Allah bagi tubuh badan bukan utk jadi hero yang x sehiro mana pon jika di banding dengan zaman sahabat nabi. korang dan saya yang menaip di sini cuma hamba ja kepada Allah kalau belagak nak jadi hero pon,hero tahap cakai je, sahabat nabi hiro medan perang, malu la bro, ko hiro atas jalan. Sahabat nabi tunggang kuda perang, ko tunggang moto kapcai paling hebat pon rxz .wat apa!!pening la kalau mcm nie
.
Saudara ku yang seumur dengan ku dan yang mungkin lebih tua dari ku,

Kita golongan belia haruslah bersedia untuk menerima kedatangan imam al-Mahdi yg akan memimpin kita untuk menjadi tentera di jalan Allah bukan menunggu mcm tak tentu hala dekat dataran. Apa yang di tunggu dekat situ pon saya tidak tahu, tunggu polis datang tangkap kot. Ha, dah lapar nak makan nasi free dalam lokap ke, ke nak tunjuk hiro depan pempuan yang x tahu dari mana datang,tup..tup ada dekat sana sekali sampai larut malam. Belia semua, dari buang masa dekat sana, mari kita pulang tido,bangun awal,penuhkan masjid time subuh mcm time solat sunat jumaat. mcm nie kan best, baru islam menjadi gemilang,umat terbilang dan negara pon berwawasan. insyaALLAH mungkin kita boleh menjadi umat yang terpilih bagi menegakkan dan mempertahankan ISLAM

maaf jika saya yang menulis ini terlalu berperasaan. namun hakikatnya memang begitu di ibu kota.siang macm siang malam pon macm siang. pening saya dibuatnya.

salam