Sunday, April 11, 2010

apa dah jadi wehhh....

ALLAH, apa dah jadi, hari ini 11.5. 2010 ada lagi kes buang bayi. kenapa boleh jadi macam ni ek?

semua nie jadi kes iman dalam diri kita kurang, boleh x saya kata zaman kita sekarang lebih teruk dari zaman arab jahiliyah. Zaman arab jahiliyah dulu tanam je bayi pempuan, tapi kita sekarang bukan kata tanam ,siap bakar dan buang dalam tong sampah terus bayi, x kira bayi tu lelaki ke perempuan. Hai, bayi makluk bukan sampah la. kalau bayi tu plastik, kertas dengan kaca boleh la buang dalam tong sampah kalu x pon boleh la kitar semula.

pada pendapat saya, kes buang bayi pada hari ini dekat selangor akibat dari dosa pada sambutan kemerdekaan tahun 2009. Cuba kita hitung hari ini 11.5.2010 dengan malam pada 31.8.2010 cukup x untuk seorang wanita hamil. Bukankah tempoh hamil dalam 9 bulan 10 hari.


pening saya dibuatnya, macam mana kita hendak melahirkan generasi macam zaman Salahuddin al-ayubi, Hassan al-banna kalau benda khilaf macam nie terus berlaku. Cuba kita renung bagaimana zaman dahulu parsi dengan rom rebah pada kekuasaan islam. Adakah kita lupa dahulu kita pernah menguasai 1 per 3 dunia dan adakah kita lupa yang dahulu tentera salib yang dikatakan gagah dan mempunyai kelengkapan yang lengkap tersungkur pada tentera islam yang diketuai oleh Saladin. Wahai umat islam saya menyeru kalian termasuk diri saya bersama-sama berganding bahu dalam mengatasi masalah perang budaya yang berlaku di negara kita sekarang dan mari kita banyak berdoa agar kita selamat dalam menempuhi zaman yang semakin hari semakin rosak ini.

Daripada Tsauban r.a berkata:

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."

maka salah seorang bertanya:

"Apakah kerana kami sedikit ketika itu?"

Nabi S.A.W menjawab:

" Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir."

" dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamudari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'WAHAN' ."

Seorang sahabat bertanya:

" Apakah
'WAHAN' itu hai Rasulullah?"

Nabi lalu menjawab:

" cinta pada dunia dan takut pada mati ."

Hadis riwayat Abu Daud

No comments:

Post a Comment