Friday, May 14, 2010

kekuatan.....

Abu Ubaidah al-Jarrah sempat berpesan kepada tenteranya, "dirikanlah sembahyang ,tunaikanlah zakat, puasalah di bulan ramadan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihati. Berilah nasihat nasihat pada pimpinan kamu, jangan menipu, jangan terpesona dengan dunia. Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian untuk setiap manusia, kerana itu semua manusia pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk hari akhirat."


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan peluang kepada kita untuk terus hidup di muka bumi ini.

Saudara sekalian,

Saya amat terharu apabila tengah hari tadi pada hari jumaat (14.5.2010) apabila khatib membacakan khutbah mengenai belia.

Saudara, belia ialah golongan muda yang semangatnya amat kuat dan berkobar-kobar. Tetapi, pada hari ini kita lihat semua belia kita sudah kecundang bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga pula.
Saya mengambarkan sebegitu kerana belia kita pada hari ini berada pada kondisi yang amat lemah bukan dari segi fizikal malah rohaninya kerana tunjang islam yang ditanan dalam diri telah diracun oleh keadaan zaman sekarang yang amat mencabar. Cuba kita lihat, berapa ramai anak muda (belia) yang telah kecundang dengan dadah malah ramai yang terkorban di atas jalan raya akibat perbuatan mereka sendiri kerana berani tidak bertempat.

Wahai pemuda harapan agama islam,

Mari kita renung sejarah pada zaman dahulu. pada zaman 1453, Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Konstantinopel daripada pemerintahan rom setelah usaha untuk menjatuhkan bandar ini gagal dilakukan selama 800 ratus tahun sehingga kemunculan raja ini yang hanya berusia 24 tahun ketika itu. Ini bukan keajaiban bukan mimpi tetapi realiti. Baginda bukannya orang tua, hakikatnya Baginda ialah orang muda (belia). ini membuktikan bahawa belia ialah golongan yang amat kuat matlamatnya.

wahai pemuda yang sebaya atau lebih tua dariku,

Rugi jika kita mati kerana dadah dan kerana merempit. Tiada guna kita mati secara begitu. mari kita teguhkan semula akidah dalam diri kita, ikut nasihat seperti di atas, siapkan dirimu untuk turun ke medan juang dan kuatkan matlamatmu.
tidak semestinya kita perlu pergi berjuang sepertimana pemuda di palestin tetapi yang pertama kita harus berjuang untuk melawan hawa nafsu kita sendiri. Ingat, kita hanya singgah sahaja di muka bumi ini, hakikatnya perjalanan kita masih panjang...


kembalilah wahai pemuda islam...

tegakkaan semula khalifah dan kekuatan islam...

suburkan roh islam dalam dirimu...

No comments:

Post a Comment